Campuran Tanah Pasu Terbaik untuk Semua Jenis Tanaman

Campuran Tanah Pasu Terbaik

Campuran Tanah Pasu Terbaik untuk Semua Jenis Tanaman

Pernah tak tanam pokok dalam pasu, tapi lambat je nak membesar? Daun kuning, layu, atau terus mati? Mungkin masalahnya bukan pada baja atau air — tapi pada campuran tanah pasu yang tak sesuai. Ramai pekebun baru fikir asal ada tanah dalam pasu, cukup. Padahal, campuran tanah pasu terbaik adalah faktor paling penting untuk pastikan pokok hidup subur dan berbuah lebat.

Tanah biasa dari kebun memang tak sesuai guna terus dalam pasu. Dalam pasu, akar terhad ruangnya. Kalau tanah terlalu padat, air bertakung dan akar busuk. Kalau terlalu ringan, air cepat kering dan akar tak dapat nutrien. Sebab tu, kita kena faham cara buat campuran tanah pasu yang betul.

Apa Itu Campuran Tanah Pasu?

Campuran tanah pasu bukan sekadar tanah. Ia gabungan beberapa bahan yang direka untuk bagi persekitaran optimum pada akar. Tak macam tanaman atas tanah, pokok dalam pasu bergantung sepenuhnya pada campuran yang kita sediakan. Bahan asas campuran tanah pasu ada 4 komponen utama:

Komponen Fungsi Sumber
Tanah kebun / tanah merah Bekalkan mineral asas dan struktur Kebun, kedai pertanian
Cocopeat (sabut kelapa) Tahan air, ringan, poros Kedai pertanian, Shopee (~RM8-12/5kg)
Sekam padi bakar Saliran, struktur longgar, sumber silica Kedai pertanian (~RM5-8/beg)
Kompos / baja organik Bekalkan nutrien semulajadi Buat sendiri atau beli (~RM10-15/2kg)

Selain 4 komponen ni, ada juga bahan tambahan macam perlit (batu putih poros), vermikulit, dan pasir sungai yang boleh diguna ikut jenis tanaman.

Nisbah Campuran Tanah Pasu Ikut Jenis Tanaman

Ini bahagian paling penting. Nisbah campuran bergantung pada jenis tanaman. Tanaman yang suka air perlukan lebih cocopeat. Tanaman yang sensitif pada air bertakung perlukan lebih sekam dan pasir.

Campuran Asas Serbaguna (Sayur Daun)

Nisbah: 2 bahagian tanah : 2 bahagian cocopeat : 1 bahagian sekam bakar : 1 bahagian kompos

Campuran ni sesuai untuk sayur macam sawi, bayam, kangkung, dan salad. Cocopeat pastikan tanah sentiasa lembap, sekam bakar bagi saliran baik, dan kompos bekalkan nutrien asas. Kalau nak tanam sawi dalam pasu, campuran ni antara yang paling power.

Campuran Untuk Tanaman Berbuah (Cili, Tomato, Terung)

Nisbah: 2 bahagian tanah : 1 bahagian cocopeat : 2 bahagian sekam bakar : 1 bahagian kompos

Tanaman berbuah tak suka air bertakung. Sekam bakar ditingkatkan untuk pastikan saliran optimum. Akar tanaman berbuah perlukan oksigen yang banyak, jadi struktur campuran kena lebih longgar. Cili dalam pasu guna campuran ni confirm hasil lebat. Sama juga untuk tanaman macam tomato — rujuk panduan tanam tomato dalam pasu untuk detail penjagaan.

Campuran Untuk Kaktus & Sukulen

Nisbah: 1 bahagian tanah : 1 bahagian pasir sungai : 2 bahagian perlit/sekam bakar

Kaktus dan sukulen paling sensitif pada air bertakung. Guna perlit atau sekam bakar sebagai komponen utama, campur pasir sungai untuk saliran pantas. Tanah ambil sikit je — sekadar untuk mineral asas.

Campuran Untuk Anak Benih / Semaian

Nisbah: 1 bahagian cocopeat : 1 bahagian kompos halus : sedikit perlit

Anak benih perlukan media yang sangat halus dan ringan. Guna cocopeat yang diayak halus campur kompos matang yang sudah reput sepenuhnya. Elak guna tanah berat — ia boleh merosakkan batang kecil anak benih.

Cara Buat Campuran Tanah Pasu Sendiri — Langkah Demi Langkah

Buat sendiri campuran tanah pasu ni senang je. Jimat duit, dan korang tahu apa yang masuk dalam pasu.

  1. Sediakan bahan — Ukur guna bekas sama (baldi 5L, tempurung, atau apa saja). Konsisten guna unit sama untuk semua komponen.
  2. Ayak tanah — Buang batu, ranting, dan gumpalan besar. Tanah kena halus tapi jangan macam debu.
  3. Basahkan cocopeat — Cocopeat blok kembang 5-6 kali ganda bila kena air. Rendam dalam air 10-15 minit, barulah guna.
  4. Campur semua bahan — Gaul rata atas permukaan besar (tarpaulin atau dalam besen besar). Pastikan sebati — jangan nampak tompok-tompok kompos atau cocopeat berasingan.
  5. Uji kelembapan — Genggam campuran. Bila dibuka, ia harus gembur semula, bukan kekal ketulan. Kalau air menitis — terlalu banyak cocopeat, tambah sekam bakar.
  6. Isi dalam pasu — Jangan tekan terlalu padat. Isi ¾ pasu, ketuk tepi pasu untuk ratakan.

Kesilapan Biasa Masa Buat Campuran Tanah Pasu

Ramai pekebun baru buat silap yang sama. Elakkan yang ni:

1. Guna Tanah Biasa Terus

Tanah kebun biasanya terlalu padat untuk pasu. Dalam pasu, air tak dapat mengalir, akar tercekik, dan pokok lemas. Jangan guna tanah kebun 100% — mesti campur dengan cocopeat atau sekam bakar.

2. Gula Sekam Padi Mentah

Sekam padi mentah lambat reput dan boleh tarik nitrogen dari tanah. Guna sekam padi bakar (hitam) atau sekam padi reput. Sekam bakar juga ada kandungan silica yang baik untuk ketahanan pokok.

3. Terlebih Kompos

Kompos bukan campuran utama — ia aditif. Guna maksimum 20-25% dari jumlah campuran. Terlebih kompos boleh buat tanah terlalu ‘panas’ dan bakar akar halus pokok.

4. Tak Ayak Bahan Kasar

Batu, kayu, dan gumpalan tanah besar boleh mengganggu pertumbuhan akar. Ambil masa 5 minit untuk ayak — hasilnya berbaloi.

Campuran Tanah Pasu vs Tanah Biasa — Jadual Perbandingan

Aspek Campuran Tanah Pasu Tanah Biasa (terus guna)
Saliran ✅ Optimum — air tak bertakung ❌ Padat, air lambat serap
Pengudaraan akar ✅ Ruang udara cukup ❌ Akar susah bernafas
Berat ✅ Ringan, senang gerak ❌ Berat, payah angkat
Kandungan nutrien ✅ Boleh kawal ikut tanaman ❌ Bergantung pada jenis tanah
Kos ✅ RM10-20/beg (tahan 5-10 pasu) ✅ Percuma dari kebun
Risiko penyakit ✅ Rendah (bahan bersih) ❌ Boleh bawa bakteria/fungi

Boleh Beli Campuran Siap? Atau Buat Sendiri?

Kalau malas atau tak ada masa, banyak jenama jual campuran tanah pasu siap pakai. Jenama popular kat Malaysia macam GreenLeaf Potting Mix (~RM15-25/10L) dan Organic Blend Potting Mix (~RM20/10L) — dua-dua dah campur cocopeat, sekam bakar, dan kompos.

Tapi kalau nak jimat, buat sendiri memang lebih murah. Untuk 10 pasu sederhana besar, kos bahan campuran sendiri sekitar RM8-12, manakala beli siap boleh cecah RM30-40. Tambahan pulak, korang boleh kawal nisbah ikut jenis tanaman.

Soalan Lazim (FAQ)

Berapa kerap perlu tukar campuran tanah pasu?

Setiap 6-12 bulan sekali atau bila pokok dah tak menunjukkan pertumbuhan aktif. Campuran tanah pasu akan termampat dan kehilangan struktur lama-kelamaan. Bila nampak tanah mulai padat dan air lambat serap, dah sampai masa tukar.

Boleh guna pasir sungai dalam campuran tanah pasu?

Boleh, untuk tanaman yang perlukan saliran pantas macam kaktus dan sukulen. Tapi pastikan guna pasir sungai kasar, bukan pasir halus macam pasir laut. Pasir laut mengandungi garam yang boleh merosakkan akar.

Apa beza cocopeat dengan peat moss?

Cocopeat dari sabut kelapa — sumber tempatan, murah, dan renewable. Peat moss dari lumut gambut — diimport, mahal, dan perlombongannya tak mesra alam. Cocopeat lebih sesuai untuk pekebun di Malaysia sebab lebih murah dan mudah dapat.

Campuran tanah pasu boleh guna semula?

Boleh, tapi kena proses semula. Campuran lama perlu dijemur 2-3 hari untuk bunuh patogen, kemudian ayak buang akar lama, dan tambah kompos baru. Tapi kalau pokok sebelumnya mati akibat penyakit, jangan guna semula campuran tu.



Baja Milagro Premium